Air Hujan Tak Seperti Air Mata..


Air Hujan Tak Seperti Air Mata..

Bangkitkan ku…
Renyai hujan aku abaikan..
Guruh berdentum tanpa sedikit getaran di hatiku..
Seolah-olah aku tidak mendengar jeritan alam..

Di manakah aku..
Hidupku kini umpama ikan tenang di air..
Berenang bebas tanpa haluan..
Tenang menyusuri sungai tatkala petir berdentum..
Bagaikan buih-buih air berenang bersama sang ikan..
Tidak menghirau petir di darat..

Sedarkan diriku dari lamunan..
Kerap kali ku lihat cahaya kecil di hujung kegelapan..
Adakah sinar kejayaan..
ataupun api penyiksaan..
Hendakku kejar dan aku gapai..
Tapi semakin laju aku berlari..
Semakin jauh ia pergi meninggalkan ku..

Hujan semakin lebat..
Tapi mengapa aku tidak kisah semua itu..
Mengapa aku hanya mendengar titisan hujan
seperti hembusan angin di subuh hari..
Loceng di hati masih belum mampu menyedarkanku dari lamunan..

Kini ku sedar..
Titisan hujan hanya membuat diriku dibuai bayangan..
Hanya titisan air mataku mampu menyedarkanku dari lamunan..
Mengalir kering di kelopak mataku..
Seperti memberitahu apa yang berlaku..

Berdetikla loceng di hati,
Membangunkanku dari mimpi tanpa tidur..
Ku serahkan kepada ilahi,
Bagi menentukan perjalanan hidupku,
yang kini jauh di dasar laut..

Apakah ini semua adalah dugaan dalam hidup aku..yang aku sendiri tidak tahu di mana pengakhirannya...Semoga aku dapat tempuhi segala onak duri untuk aku temui apa yang aku impikan dalam hidup ini....
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..miahaha…Terutama sekali kepada ibu aku, kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama-sama abang dan adik aku, sehinggalah aku menjadi seperti sekarang..Kaulah permata hatiku.. Untuk semua, hayati sajak yang telah dibuat oleh kawan aku sempena hari ibu ini..Sham aku pinjam hasil nukilan kamu untuk aku paparkan dalam blog aku..



Selamat Hari Ibu
Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
SELAMAT HARI IBU

Selamat Hari Ibu

 

 I LOVE U SO MUCH

&

I MISS U SO MUCH 

Assalamualaikum dan sejahtera..

Sebenarnya hari ibu bukan hanya pada 10 Mei tapi ianya sepatut dilakukan tiap-tiap hari.. Sayangilah ia sementara ada..Cuma mungkin dengan hari ibu akan mengingatkan kita kembali atas pengorbanan seorang wanita yang melahirkan kita.

Tiada idea hari ni untuk saya coret kan jadi saya kongsikan cerita ini


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. . mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. … mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….. mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…. emakku
Bila nak bercuti, aku bawa…..pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…. bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya. …….
Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…… .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…… .
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Menarik kan nukilan ni.. Semoga kita mendapat sesuatu dari nukilan ni. Jadi sayangi mak anda.

  • About Me

    My photo
    Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
    IKMAL HISHAM?? Aku simple person..happening..kelakar..low profile..tp dalam kerja aku penting kan disiplin&kepuasan..life must enjoy..

    Followers