Air Hujan Tak Seperti Air Mata..


Air Hujan Tak Seperti Air Mata..

Bangkitkan ku…
Renyai hujan aku abaikan..
Guruh berdentum tanpa sedikit getaran di hatiku..
Seolah-olah aku tidak mendengar jeritan alam..

Di manakah aku..
Hidupku kini umpama ikan tenang di air..
Berenang bebas tanpa haluan..
Tenang menyusuri sungai tatkala petir berdentum..
Bagaikan buih-buih air berenang bersama sang ikan..
Tidak menghirau petir di darat..

Sedarkan diriku dari lamunan..
Kerap kali ku lihat cahaya kecil di hujung kegelapan..
Adakah sinar kejayaan..
ataupun api penyiksaan..
Hendakku kejar dan aku gapai..
Tapi semakin laju aku berlari..
Semakin jauh ia pergi meninggalkan ku..

Hujan semakin lebat..
Tapi mengapa aku tidak kisah semua itu..
Mengapa aku hanya mendengar titisan hujan
seperti hembusan angin di subuh hari..
Loceng di hati masih belum mampu menyedarkanku dari lamunan..

Kini ku sedar..
Titisan hujan hanya membuat diriku dibuai bayangan..
Hanya titisan air mataku mampu menyedarkanku dari lamunan..
Mengalir kering di kelopak mataku..
Seperti memberitahu apa yang berlaku..

Berdetikla loceng di hati,
Membangunkanku dari mimpi tanpa tidur..
Ku serahkan kepada ilahi,
Bagi menentukan perjalanan hidupku,
yang kini jauh di dasar laut..

Apakah ini semua adalah dugaan dalam hidup aku..yang aku sendiri tidak tahu di mana pengakhirannya...Semoga aku dapat tempuhi segala onak duri untuk aku temui apa yang aku impikan dalam hidup ini....
| edit post
Reactions: 
  • About Me

    My photo
    Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
    IKMAL HISHAM?? Aku simple person..happening..kelakar..low profile..tp dalam kerja aku penting kan disiplin&kepuasan..life must enjoy..
    There was an error in this gadget
    There was an error in this gadget

    Followers