Bingkisan Hati Buat Kekasih

Surat Cinta Untuk Kekasih


@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--

Di kala mentari pagi melabuhkan tirai nya,hatiku terusik dengan kehadiran mu dalam hidup ku, hadirnya dirimu dalam hidupku bagaikan sinar yang selama ini ku  cari2. Di kala ku kesunyian dan merindui belaian kasih syg dari insan bergelar kekasih. Dirimu muncul umpama mentari pagi, untuk menyinari hari2 ku yang mendatang bersama mu syg..

Ku bahagia bersamamu kini.. Walaupon ku tahu diri mu masih dimiliki, bukan beerti aku mengalah.. Namun hatiku cukup gembira bila bersama mu, bila ku mendengar gelak tawamu, suaramu,diri ku menjadi lebih bersemangat untuk mengharungi liku2 hidup yang ku tidak tahu di mana penghujungnya..

Ku tak sanggup berjauhan dengan mu.. Ku ingin kan kau berada di sampingku selamanya hingga ke nafas terakhirku sayang..Ku bersyukur padamu YA ALLAH,KAU munculkan permata dalam hidup ku yg selama ini ku cari, dengan kehadiran nya dapat ku mengharungi hari2 yang mendatang dengan penuh semangat..

Dirimu yang memberiku hidup dan membuka pintu hatiku yg telah lama mati..Dirimu yang memberi semangat di  saat ku memerlukan perhatian.. Dirimu telah memberi erti kasih sayang yang tidak terhingga dalam setiap hela nafas ku.

 Hadirnya dirimu dalam hidup ku telah banyak mengajar ku erti kemanisan cinta yang hadir dari sudut hati yg ikhlas, sesungguhnya cinta darimu akan ku jaga seikhlas hatiku setulus cintaku pada mu. .. Dirimu yang selalu ada bersama ku di kala aku susah dan senang membuatkan ku rasa yang aku tidak mampu untuk membalasinya walaupun aku di beri peluang hidup seribu tahun. Perkataan terima kasih jauh tidak bernilai dengan hadir mu dalam hidup ku... Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan mu pada ku....

 Takkan ada seseorang yang dapat menggantikan dirimu dalam hidup ku walau pun terpaksa terpisah mahupun hayat ku hanya sampai di sini.. Yang pasti diri mu tetap ku ingati dank u semat bersama jasad ku... Dirimu takkan  pernah ada pengganti,akan ku jagainya separuh dari nyawaku hingga ke hela nafas terakhirku...hanya dirimu yang amat ku kasihi,ku sayangii&ku cintai...
Segalanya ku serahkan pada ALLAH, sesungguhnya aku amat menyintai mu sayangku...

I Love U so Much
&
I Miss U so Much
@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--@};--
Saat Kematiaan

Mimpi Pasal Kematian

MasyaALLAH, ini adalah mimpi paling buruk saya alami,sehinggakan saya tidak dapat lelapkan mata setelah saya tersedar dari mimpi ini…AstarfiruLLAH..nak percaya takut ia akan jd syirik..nak tak percaya kadang2 mimpi ini menjadi kenyataan..apakah semua ini hanya mimpi???adakah ia akan menjadi kenyataan???Saya nak kongsi mimpi saya di rungan ini..

Ia terjadi semalam sewaktu saya terlelap kat ruang tamu rumah saya,waktu tu saya terlalu sakit kepala..saya terpaksa makan ubat tahan sakit,
Setelah tertidur , saya bermimpi berjumpa dgn seorang yang xpernah saya kenal tetapi saya merasakan dia macam mengenali saya...

Dia menceritakan kepada saya macam mana perihal kematian yang dialami oleh beliau.

Mengikut cerita beliau, semasa hendak mati maka datanglah malaikat memberi salam .

Pastu yang peliknya, tb2 saya menjadi pemegang watak utama menunggu kematian. Macam yang dialami oleh beliau sedang dialami oleh saya di dalam mimpi td.Astarfirullah al azim... Saya dapat mendengar seolah2 suara org memberi salam bergegar seumpama guruh di langit.MasyaALLAH…masa tu saya jadi kaku..terlalu takut..

Setelah itu ada org memberi tahu di dalam mimpi ini bahawa kematian saya sudah tiba dan nyawa pun diambil…YA ALLAH…..

Ketika ini di dalam mimpi itu saya merasa seolah2 saya diambil nyawa. Setelah hilang seketika(mati), saya bagaikan  sedar semula dan melihat saya dikelilingi oleh org2 yang berjubah putih berdiri mengilingi saya. Mereka mghulurkn kpd saya saya pakaian yang lembut dan putih ...seolah sutera….Astarfirullah al Azim..MasyaALLAH…

lepas tu saya dengar suara ma saya panggil..rupanya itu adalah mimpi…masyaALLAH...masa saya tersedar tu, badan saya basah dengan peluh, jantung saya berdebar2 sampai kan saya xdapat bernafas…saya beristirfar banyak2..apakah maksu di sebalik mimpi ni???apakah yg saya takuti selama ini akan menjadi kenyataan???
YA ALLAH ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YG TERSIRAT DI SEBALIK MIMPI INI.AKU MEMOHON PADA MU YA ALLAH AGAR INI ADALAH HANYA SEBUAH MIMPI..AKU BERSYUKUR PADA MU YA ALLAH, ANDAI MASANYA TELAH TIBA, AKU MENERIMANYA DENGAN PENUH REDHA.DARI ENGKAU AKU DATANG DAN KEPADA ENGKAU AKU KEMBALI…
AMIN YA ROBBAL ALAMIN….


Apa yg dimimpikan ini boleh di jadikan iktibar dan membuat saya sedar betapa seksanya saat kematian...Andai kata mimpi saya ini menjadi kenyataan..Maafkan segala salah silap saya selama ini..terkasar bahasa dengan kawan2 semua...Kita tidak mengetahui saat kematian kita, entah esok entah lusa..yang penting sama2 kita bersedia menerima segalanya..kerana ALLAH maha mengetahui...sAperti yg tertulis dalam al Quran, Bismillahirahmanirahim “kerjalah kamu umpama kamu ingin hidum seribu tahun, ibadat lah kamu umpama kamu akan menemui kematian esok hari”..masyaALLAH...dengan mimpi ini dapat menyedarkan saya betapa selama ini saya terlalai pada NYA yg menjadikan saya, dan memberi peluang pd saya menikmati hidup di dunia ini. Dunia ini hanya lah tempat untuk kita mencari bekal kehidupan yang hakiki di akhirat nanti..InsyaALLAH..Astarfirullah al azim....
Segala yg baik datangnya dr ALLAH,yg lemah dr diri saya sendiri..

LAYANNNNNNNN

KOLEKSI CERITA KELAKAR
Bosan sangat malam ni, tak tahu nak buat ape..mal nak kongsi antara cerita2 kelakar yg tersimpan dalam lappy mal…baca cerita2 nih tergelak sorg2…ada ke tak ye manusia mcm ni kat muka bumi nih…mmg kecoh la kalau ada 10 org yg perangai mcm ni..hahahahahaah…bosan2 baca la cerita2 nih….
Semoga terhibur…layannnnnnnn

Buku bank

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Tok batin&moto hondanya

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ??


Surat


Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Mayat senyum

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Tumpang bilik
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..

Gigi palsu
Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah  memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.

Dia pun pergi ke meja pasangan itu.dia bertanya kepada nenek itu, "Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? nenek tak suka ke? nak saya tukarkan?". Nenek tu menjawab,"takpelah cu.nenek suka sangat makan burger ni."


Pegang kuat2

Dia tanya lagi,"tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?"."terima kasih cu.nenek memang nak makan burger ni,nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni giliran nenek pulak."nenek itu menjawab lagi.pemuda terus senyap dan tidak bertanya lagi.
Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

Saudara
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki
kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.
Anak: Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu: Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn
seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak: Itupun sedara kiter jugak ke?
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Derma untuk rumah orang-orang tua.
seorang budak pun membuka pintu.
Budak: derma ape bang?
Lelaki: derma untuk rumah orang-orang tua.
adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak: nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
Lelaki: ?????
 Putus tunang
Tunang Farid... Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid: Mengapa?
Siti: Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak
mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid: Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti: Erkkkkkk........ Benci .........


 Tak muat dah tok!!!!
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Gaduh, Gila & Bendul


Ada 3 sekawan bernama Gaduh, Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang.
Bendul pun membuat laporan polis.
Bendul: Encik, I nak cari Gaduh.
Polis: Isk.. apa?? U ni Gila ke ?
Bendul: Uik mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis: Adoi. apa la si Bendul ni nak ?
Bendul: I mmg Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !


Pengetua,Cikgu Murni&Abu
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"  

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".  

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

 
Pengetua:
 Apa 3 x 3?
Abu:
 9
Pengetua:
 Apa 6 x 6?
Abu:
 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.  
pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.  
 
Cikgu Murni:
 Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu:
 (berfikir) Kaki  
 
Cikgu Murni:
Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?  
Abu:
 Saku  
 
Cikgu Murni:
 Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?  
Abu:
 Kelapa
 
Cikgu Murni:
 Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit? 
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.  
 
Abu:
 Gula-gula getah (Bubblegum)  
 
Cikgu Murni:
 Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.  
 
Abu:
 Bersalaman  
 
Cikgu Murni:
 Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu:
 Baik Cikgu  
 
Cikgu Murni:
 Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
 
Abu:
 Khemah

Cikgu Murni:
 Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
 
Abu:
 Cincin perkahwinan
 
Cikgu Murni:
 Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.  


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.  

Abu:
 Hidung
 
Cikgu Murni:
 Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu:
 Anak panah
 
Cikgu Murni:
 Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?  
Abu:
 Okay
 
Cikgu Murni:
 What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?  
Abu:
 Firetruck
 
Cikgu Murni:
 What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu:
 Fork
 
Cikgu Murni:
 What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu:
 Surname
 
Cikgu Murni:
 What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu:
 Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".
 


P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe  

Tak tahan
satu kapel baru dikahwinkan pas kantoi buat maksiat kat loji najis...di mlm perkahwinan mereka...
Isteri : abg, ayg nk 'ehem' nie.....cepatlah...... xtahan dah....
si suami yg ada dlm jamban dgn segera membasuh kuman2 nya kerana dia tahu isterinya dah x tahan ..maklum la...1st nite...si suami segera membuka pintu jamban tanpa sebarang baju di badannya...
Isteri : abg....Cepatle....
Suami : iye la..jap..abg pown x tahan gak.......
Isteri : huh..?? abg x tahan pe..???
Suami : nk 'eheemmmm2' la..
Isteri : lol,,,ayg nk g ehemmmm la....sbb bende tu dh ngah lekat2 kat ujung dah nie,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Suami : hampeh!!!!!!!!
* "ehemmm' <== nk g berak
 Cepat muntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat

Belajar

pada suatu pagi di kOlej Oren....

arMey berkata kpada sYafiQ....
sambiL itu terLiHat ima yg sedang bLaja...
suGGuH tekun sekaLi....
keraNa 3 jam aG aD mid term...

LaLu muLa perbuaLan...

arMey : fiQ kNpe ko xnk jadi cm iMa????
sYaFiQ: mmm???
arMey : fiQ jwB Ler...
syaFiQ: maLas aQ...
arMey : ko Nie mmg peMLas...
syaFiQ: beDose La bodo!
arMey : arMey pLik....Hah????ko dH knPe bdose pLak jdi cm2...
syaFiQ: yeLa....ko suruH jadi iMa...aQ xnk r.....ko igt aQ nk jdi ke cm die....bedOse besar tau x!
arMey : boNgoK! beLajar pon dose ke! ko nie....kn nk mid terM....pe Laa...
syaFiQ: Laaa....aQ igt ko tnYe aQ knpe xjdi pMpuan cm iMa 2...
arMey : hah???? aDess... naPe ko nie.... baNgang!
syaFiQ: heeeeeee.....

jadi terSELah La ke BanGangaN syaFiQ yg ter penDam....huHUhuhuhuh
maKa jike terseMpak ngan sYafiQ bin hassiM.... jgN tegur....
t jdi baNgang!

D.U.I.T

D.U.I.T

“Percayakah anda bahawa untuk berjaya, kita memerlukan DUIT?”

DUIT, sebut sahaja perkataan ini, semua fikiran akan memikirkan wang.. hehe.. Tulisan kali ini bukan soal wang, tetapi adalah soal resepi kejayaan :)

Di kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai resepi kejayaan DUIT ini. Resepi ini telah saya dapat dan amalkan dalam apajua perbuatan sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, resepi ini jugalah yang saya gunakan untuk menaikkan kembali semangat adik-adik kita yang sedang tekun belajar untuk mencapai kecemerlangan :)

Sebagai permulaan resepi ini, saya akan mulakan dengan huruf pertama iaitu D. Huruf D adalah mewakili perkataan Doa. Ya, doa :) Untuk Berjaya, kita perlu ingat kepada sang Maha Pencipta. KepadaNya-lah kita meminta dan kepadanyalah kita bermohon. Tahukah kita bahawa doa adalah senjata orang mukmin? Gunakanlah doa ini sebagai senjata untuk kita menempa kejayaaan.

Seterusnya huruf U. Huruf U mewakili perkataan Usaha. Untuk Berjaya, doa perlulah diiringi dengan usaha. Tanpa usaha, kita tidak akan mendapat apa-apa. Bayangkan kita mahu mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau kita hanya mengharap dan meminta keputusan itu datang, pasti sampai bila-bila kita akan gagal.. hehe.So kita perlu mencari jalan untuk kita berjaya.. Inilah yang dikatakan usaha.

Huruf I mewakili perkataan Ikhtiar. Selepas kita berdoa dan berusaha, kita mesti berikhtiar untuk memastikan usaha yang kita lakukan tadi benar-benar adalah cara yang terbaik untuk kita berjaya. Walaupun seorang pelajar membaca buku siang dan malam, belum tentu usahanya itu akan membolehkannya berjaya. Sebab itulah kita memerlukan ikhtiar. Yang penting, ikhtiar ini perlu selaras dengan doa dan usaha kita.

Dan yang terakhir adalah huruf T. Huruf T ini mewakili perkataan Tawakal. Setelah kita berdoa, berusaha dan berikhtiar, maka serahkanlah semuanya kepada kehendakNya. Bertawakal lah kita
kepadanya kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk berjaya. Apapun keputusan yang kita dapat, kita pasti akan menerimanya dengan hati yang terbuka kerana kita telah menggunakan resepi DUIT ini.

So, bagi rakan-rakan, cubalah anda praktikkan resepi ini. InsyaAllah sedikit sebanyak ia pasti akan dapat membantu anda dalam setiap apa yang anda inginkan.

Semoga kita sama-sama mengecapi kejayaan yang sempurna, yang diredhai ALLAH, dan semoga rezeki yang kita dapat diberkati ALLAH…
InsyaALLAH….

PERCINTAAN JARAK JAUH(PJJ)

Assalamualaikum wbt….
Hai….. hari ni mal nak kongsi dengan kwn2 pasal apa yg mal alami sekarang…iaitu PERCINTAAN JARAK JAUH(PJJ)…sama2 kita renungi ape yg perlu&syarat yang wajib ada andai kita ingin menjalinkan  PERCINTAAN JARAK JAUH……JOM……zasssssssssss


Percintaan Jarak Jauh (PJJ) ni menuntut pengorbanan dan kesetiaan yg lebih tinggi…
Ia memang mencabar dan sukar..itulah ungkapan yg paling sesuai&tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh nih.. Namun, adalah tidak mustahil perhubungan sebegini tidak kekal lama…

Bagi mal la kan, sekarang ni dah menjadi satu trend kebanyakan anak muda/pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walau dah tau risiko nya yg teramat tinggi..Apa yg pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat…Mal ada contoh terdekat, kawan mal couple 4 tahun tanpa bersua muka..masing2 belajar luar negara. Tetapi mereka ni betul2 ikhlas dalam perhubungan sampai 6tahun couple dan sekarang kahwin, insyaALLAH akan dikurniakan anak bulan 8 nanti..So tak mustahil kan….wink2..

Mal ada terbaca kenyataan yg dinyatakan oleh Pensyarah Jabatan Psiologi&Pembangunan Manusia,UKM…(tak payah sebut nama lah) memberitahu hubungan jarak jauh ni kalau difikir dari sudut positif adalah lebih manis..(cm gula ke Prof…hihihihi)…
Ia ibaratkan jauh di mata dekat di hati. Pasangan yg terlibat dengan PJJ akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan…mcm yg mal alami sekarang…rinduuuuuuuu sgt….wink2..hihihihihi. Iklan je nie….

Sekarang sampai masa mal nak kongsi tips2 bagi membantu dan mengeratkan lagi perhubungan PJJ…

1- Kepercayaan dan kejujuran
Bagi mal kjujurani adalah keutamaan jika ingin perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam bahaya…so korang perlu saling pecaya antara satu sama lain&berserah pd takdir..



2- Komitmen
Sama juga dgn komitmen…penting sangat dalam perhubungan ni..kalau korg bg kometmen yg sepenuh nya dalam perhubungan sebegini…insyaALLAH,ia akan berjaya..perbezaan jarak adalah perkara biasa,cm cabaran tu je yg lebih dr hubungan jarak dekat..

3-Sentiasa berhubungan
Hah!!!!ni yg paling penting sgt2…dah la muka xdapat tengok..jng la suara pon dapat nk dengar..walau tak dapat sembang secara bersemuka,sekarg ni kan zaman moden..hp 3G,Skype ada,YM ada,xada yang mustahil di muka bumi ni…yg penting hati….tepuk dada Tanya iman…Lagi pun, komunikasi ni mengelakkan pasangan kita dari sunyi dan kekosongan….nanti dia cari lain baru la korg nyesal…


4- Kesetiaan
Bab kesetiaan ni perlukan keiklasan yg lahir dr lubuk hati yg betul ikhlas…Kalau tak perhubungan korg tak akan berjaya…malah hnya tingal kenangan..jangan la sesekali terfikir nak tambah cawangan ke,nk bemain kayu kayan ke…kt kena piker sama perasaan pasangan kita…Andai pasangan kita yg berlaku curang dengan kita, ape perasaan kita nanti..so fikir2 kan lah..

5-Emosi
Kalau dalam PJJ ni kan, emosi tu mmg kena letak pada tahap tinggi bagi mengelakkan pergaduhan &prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan. Tapi….kalau dah tak berhubung sampai seharian,melarat sampai 2 hari tu namanya nak main2..kalau dah sayang,cinta akan ada perasaan rindu…kalau rindu mesti nak sembang, nak sms…betul tak??

So apa yg penting dalam ape jua perhubungan sekali pon, kata hati jng abaikan…Jujur pd pasangan masing2,Ikhlas mnyintai pasangan masing2 dan cubalah mnjd seorg yg setia dalam perhubungan..semoga hubungan yg termeterai d restui keluarga dan d rahmati ALLAH..insyaALLAH…

Buat insane yg mal sayang…abg akn cuba jujur dgn dr abg sendiri semoga perhubungan yg terjalin ini kekal hingga ke penghujung hayat abg…
I LOVE U SO MUCH
&
I MISS U SO MUCH
MY PRINCESS IN MY HEART
zzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzRRRRRRRRRhhhhhhHHHHH

Mata pun dah rasa macam di gam-gam je ni…So apa lagi, bantal dan tilam sedang menunggu..Setakat ini saja  coretan saya diruangan blogs saya yg serba kekurangan..Diharapkan ada salah silap dalam penulisan kali ini harap dimaafkan..Semoga kita berjumpa lagi di lain masa…esok niat nak menjawab soalan terjah dari owner Dikala Bulan Berbisik@ZETTY EDRYANA(bulan boleh berbisik ke)hehehehehe..TO MY LOVE>>>>>GOOD NIGHT SYG&SWEET DREAM....assalamualaikum
YANG TERSIRAT&TERSURAT DALAM CINTA

Cinta yang tulus hadir dari KEIKHLASAN&KEJUJURAN

Cinta seperti MATAHARI, ia ttp bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pd bulan ttp menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akn kembali jua kecerahannya.

Cinta adlah sntapan JIWA. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah BUTA…cinta tdk mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Cinta memerlukan KEJUJURAN…Kejujuran adalah tunjang percintaan…Krn ia yg akan membuat kita merasai kemanisan cinta yang hakiki, yang hadir dari lubuk hati yamg paling dalam..

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah
BUAT TERSAYANG...

Hingga kini
Cintamu masih tersimpan
Di pelusuk jiwa
Di penjuru hati..

Seandainya ada perasaan
Malu dan segan
Hulurlah cintamu
Pada gerimis malam
Agar bisa terbias
Di jendela naluri..

Seandainya ada gerimis malam
Yang menempias
Di jendela kamarmu
Itulah tempias rinduku
Yang mengetuk pintu hatimu sayang..

Seandainya ...
Tiada kemampuan darimu
Hanyutkanlah ia
Bersama kegelisahan
Bersama kesangsian
Aku akan menunggu
Dan ku tetap menunggu......

Akan ku hiasi ruang hatimu
Biar kenangan lalu dihanyut pergi..
Bersama kita mulakan kasih sayang
Agar ia bersemi buat selama nya…

~~I LOVE U SO MUCH~~
~~I MISS U SO MUCH~~

I hope you are the one I share my life with and I wish that you could be the one I die with
and I pray in you’re the one I build my home with, and I breathe you into my heart
and pray for the strength to stand today.. You know my heart is by your side
I HOPE I LOVE YOU ALL MY LIFE
I LOVE U SO MUCH...I MISS U SO MUCH

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
klu balik ke kampung, yg selalu bekalkan ulam & lauk pauk....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....
pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari
Ibu
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu..
mak ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon
pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Mak..!!

MAAAAKKKKKK!!!!! ANGAH SYG MAK…..:((
Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita.

Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita.


Nak tahu di mana kecantikan lelaki?


Kecantikan lelaki bukan pada rupa fizikal tapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:
1.   Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2.   Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3.   Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4.   Lelaki yang tenang dan lapang dada
5.   Lelaki yang baik sangka
6.   Lelaki yang tak pernah putus asa



Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..




Dan di mana kegagahan wanita?





Kegagahan wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi kepada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:
1.   Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2.   Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3.   Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4.   Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan



Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagalan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.




Sabda Rasulullah saw ..

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat" Surah Al-Ahzab : Ayat 71

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia mendapat kemenangan yang besar.




Wallahualam.





Orang yang baik adalah orang yang pernah melakukan kesalahan dan belajar dari kesalahan itu untuk menjadi orang yang lebih baik.




~salam sayang~
DR:CuP!D L@VE@IkM@L HISH@M



come back

Assalamualaikum &Salam sejahtera....

Setelah lama saya bercuti dr update blogs ni...buzy yg teramat sgt,kesihatan yang tak berapa memberangsangkan..rasa nya genap sebulan kot tak update blogs...huhuhuhuhu...lagipon xde sapo yg bace blogs mal ni..xde ape yg menarik...blogs ni just sekadar tmpat mal lepas kan bosan...kalau ada mood&idea nk menaip blogs br buat...kalau tak hampeh aje....senyap je la....apo2 pon pd yg sudi msk tgk walau sekejap blog mal ni tq sgt2....mal ni bukan bnyak idea nk memblogs ni…mmg blurrrrrrrrrr…hihihihihi
Ape2 pon layan ajo…
Zaaaaazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……
  • About Me

    My photo
    Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
    IKMAL HISHAM?? Aku simple person..happening..kelakar..low profile..tp dalam kerja aku penting kan disiplin&kepuasan..life must enjoy..
    There was an error in this gadget
    There was an error in this gadget

    Followers