Balasan untuk anak derhaka.........


Renungi dan hayati cerita ini sebagai pedoman dalam hidup kita.....


LIMA tahun yang lalu, heboh satu cerita di sebuah kampung tentang seorang pemuda yang memakan cacing. Kampung itu terletak di selatan tanah air. Pemuda ini pula dikenali sebagai Azmam dan berusia 35 tahun.

Rambut Azmam panjang tidak terurus. Sudah dua tahun dia hidup seorang diri. Setiap petang, Azmam akan duduk di atas tangga dan apabila ada orang lalu di hadapan rumahnya, dia akan menjerit-jerit memanggil orang tersebut.

Pada waktu malam pula, orang kampung akan mendengar Azmam berbual seorang diri kerana khabarnya ada "orang' yang menemani pemuda itu pada waktu malam.

Kisah aneh tentang Azmam ini menjadi perbualan ramai. Ada yang percaya dengan cerita tersebut dan ada yang tidak. Namun tidak ada yang berani untuk menjenguk Azmam di rumahnya bagi memastikan kesahihan cerita tersebut.

Suatu malam, tiga anak muda memberanikan diri untuk mengintai Azmam. Anak muda ini bernama Suhaimi, Affean dan Azizi. Mereka berusia 20 tahun da merupakan tiga sahabat karib. Mereka tinggal sekampung dengan Seman.

Pukul 10.00 malam itu, mereka bertemu di pekarangan masjid. Setelah membuat persiapan, mereka berjalan kaki menuju ke rumah Azmam yang terletak berhampiran kebun pisang. Di pertengahan jalan, mereka mencapai beberapa batang kayu untuk dijadikan senjata sekiranya keadaan berbahaya.

Lebih kurana 56 meter sebelum sampai ke rumah Azmam, tiba-tiba angin bertiup kencang. Pokok-pokok pisang di sekitar rumah Azmam tiba-tiba bergoyang. Daun-daun kering jatuh berguguran ke tanah. Dan tiba-tiba Juga, mereka lihat seorang wanita tua vang entah dari mana datangnva muncul di hadapan rumah Azmam.

Tiga anak muda ini menghentikan langkah mereka.

"Mie. kita duduk dulu. Aku takutlah." kata Affean.

Mereka bertiga duduk bersembunyi di belakang sebatang pokok sambil membacakan avat ayat suci al-Quran. Sambil itu, Azizi memberanikan diri untuk melihat perempuan tua di hadapan rumah Azmam tadi.

Dengan bantuan cahaya lampu jalan tidak jauh dari situ, mereka melihat perempuan tersebut membawa sedulang makanan di tangannya. Rambutnya putih menggerbang, dia mengetuk-ngetuk pintu rumah Azmam.

Tidak lama kemudian mereka lihat Azmam membuka pintu dan keluar. Dia mengambil dulang daripada wanita tersebut, lalu masuk semula ke dalam rumah. Wanita tua tadi berjalan meninggalkan rumah Azmam, kemudian hilang dalam kegelapan malam.

Sejurus wanita tua itu menghilangkan diri, Suhaimi, Affean dan Azizi keluar dari tempat persembunyian mereka dan menuju ke rumah Azmam. Sampai di rumah Azmam, mereka terdengar suara lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang. Dia seperti berbual, namun tidak ada sahutan. Melalui tingkap yang sedikit terbuka, mereka mengintai Azmam.

Mereka lihat Azmam hanya duduk seorang diri dalam rumah tersebut dengan bertemankan sebuah pelita. Azmam bercakap-cakap dalam bahasa yang tidak difahami. Dalam masa yang sama dia menyuap makanan yang terhidang di dalam dulang di hadapannya.

Suhaimi, Azizi dan Affean memerhatikan makanan di dalam dulang itu. Mereka terkejut, dulang itu bukannya berisi mi goreng, tetapi cacing yang masih hidup. Ia bergerak-gerak dan melengkar ke sana ke mari!

Azmam memakan cacing-cacing itu dengan lahapnya. Mereka lihat beberapa ekor cacing menguit-nguit semasa dikunyah oleh Azmam. Suhaimi, Affean dan Azizi rasa bagai hendak termuntah melihat bibir dan tangan Azmam dipenuhi lendir cacing tadi.

Tiba-tiba Azmam ketawa tanpa henti. HAHAHAHA!!! HAII HAHAHAHA!

Selepas ketawa terbahak-bahak, mereka lihat Azmam bangun dan menuju ke tingkap tempat mereka mengintai. Apabila Suhaimi, Azizi dan Affean bangun, Azmam sudah ada di depan mereka. Azmam merenung mereka dan menjerit-jerit!

Apa lagi, lintang-pukanglah mereka melarikan diri. Malam itu mereka menumpang tidur di rumah datuk Suhaimi yang terletak setengah kilometer dari rumah Suhaimi yang terletak setengah kilometer dari rumah Azmam.

JAM menunjukkan pukul 8.00 pagi. Selesai sarapan, Suhaimi, Affean dan Aziziberjalan menuju ke rumah Azmam untuk memastikan lagi apa yang dilihat malam tadi.

Rumah Azmam sunyi sepi. Suhaimi, Affean dan Azizi menuju ke tingkap tempat mereka mengintai Azmam. Di bawah tingkap itu mereka lihat ada sebiji dulang yang kotor. Di atas dulang itu pula terdapat sisa-sisa cacing, ada yang sudah mati, dan ada juga yang maSih hidup. Di dalam dulang itu juga ada kesan muntahan manusia!

Sah, malam tadi Azmam memakan cacing. Mereka hergegas meninggalkan rumah Azmam kerana bimbang lelaki itu akan mengamuk apabila mendapat tahu mereka mengintainya.

Siapakah Azmam? Kenapa dia memakan cacing? Siapa pula wanita yang menghantar dulang kepadanya malam tadi?

Sebenarnya, sebelum ini Azmam tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah. Namun, dia menjadi tidak siuman setelah ibunya meninggal dunia. Sejak itu Azmam hidup seorang diri di rumah itu.

Pada siang hari, Azmam hanya bertenggek di atas tangga dan menjerit-jerit memanggil sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumahnya. Pada malam hari pula, dia duduk di dalam rumah seorang diri menunggu wanita tua datang membawa sedulang makanan untuknya.

Kehadiran wanita itu menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk kampung itu kerana ia menyerupai arwah ibu Azmam. Wanita itu pula muncul dan menghilang dalam sekelip mata sahaja.

Azmam bukanlah anak yang baik. Sewaktu ibunya masih hidup, Azmam sentiasa meminta wang daripada ibunya itu. Azmam juga kerap menipu ibunya semata-mata inginkan duit kerana dia tidak bekerja.

Pernah beberapa kali ketika sedang sakit, ibunya telah meminta Azmam membeli nasi di kedai kerana dia tidak terdaya untuk memasak. Memang Azmam pergi ke kedai makan, tapi bukan untuk membeli nasi dan lauk-pauk, sebaliknya dia mengutip sisa-sisa makanan di dalam pinggan orang.

Setelah itu Azmam membungkusnya dan membawa balik. Dengan cara itu, Azmama dapat mengambil sepenuhnya duit yang diberikan ibunya.

Kasihan... ibunya menjamah sahaja sisa-sisa makanan yang dibawa pulang oleh Azmam kerana tidak berupaya lagi hendak bangun. Keadaan ini berlaku beberapa kali. Setiap kali makan, ibunya akan kesakitan. Namun Azmam tidak menghiraukannya.

Suatu hari, ketika pulang dari kedai, Azmam terkejut apabila mendapati ibunya sudah tidak bernyawa lagi. Wanita tua itu meninggal dunia kerana uzur dan Azmam mengabaikan makan minum serta kesihatannya. Azmam menangis, dia meraung meminta maaf daripada ibunya.

Bermula dari saat itulah Azmam menjadi tidak siuman. Dia melolong-lolong memanggil orang dan pada malam hari, dia dijamu cacing oleh seorang wanita tua berambut putih yang menyerupai arwah ibunya.

Kehidupan Azmam tidak terurus. Keadaan dirinya amat mengerikan orang yang melihat. Kepada penduduk kampung, inilah balasan terhadap anak derhaka yang menipu ibunya semasa hidup!

Sama-sama kita renungi cerita ini sebagai pedoman dalam hidup kita...ibu seorang dapat menjaga 10 anak..tetapi 10 anak tak semestinya dapat menjaga seorang ibu...jaga dan hargailah ibu kita sewaktu dia masih ada di dunia ini...sebagai anak,syurga di telapak kaki ibu...sedarlah remaja2 sekarang...jadikan lah cerita ini sebagai
0 Responses
  • About Me

    My photo
    Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
    IKMAL HISHAM?? Aku simple person..happening..kelakar..low profile..tp dalam kerja aku penting kan disiplin&kepuasan..life must enjoy..

    Followers